fOlLoWeRs

07 Februari 2010

ElekTrOnIk OR eLekTrIK




Mohamad Hisyammuddin bin Maidin
Elektrik dan Elektronik
Fukui University, Japan

Apa itu kejuruteraan elektrik dan elektronik?

Bidang kejuruteraan elektrik dan elektrik ini merangkumi semua kajian tentang penggunaan dan pergerakan elektrik dalam sesebuah sistem litar elektrik. Bidang ini juga akan mengajar kita untuk memahami pengaliran arus elektrik dan bagaimana sumber elektrik itu terhasil. Kejuruteraan elektrik dan elektronik ini mengandungi beberapa bidang seperti pemprosesan isyarat, programming komputer, beza upaya tenaga lektrik dan banyak lagi. Yang pastinya, bidang ini banyak menggunakan ilmu fizik dan matematik terutamanya yang terdapat semasa kita belajar di sekolah menengah .

Apa yang saya belajar?

Saya mengambil bidang kejuruteraan ini di Jepun. Mungkin terdapat sedikit perbezaan antara pembelajaran di Malaysia dan di Jepun tetapi keseluruhannya tentang elektrik dan elektronik. Dalam tahun 1 dan tahun 2, saya banyak belajar tentang teori dan rumus mengenai elektrik dan elektronik. Bagi saya bidang ini hanya memerlukan kita untuk memahami tentang pengaliran dan pergerakan cas-cas elektrik dalam sistem elektrik.

Antara subjek-subjek yang saya ambil pada tahun 1 dan tahun 2 ini ialah differentiation integration, c++(programming), semiconductor, fizik dan lain- lain lagi. Selain itu, terdapat juga subjek yang memerlukan kita untuk membuktikan bagaimana sesebuah rumus elektrik itu terhasil.

Pada tahun 3 dan tahun 4, saya perlu masuk ke dalam makmal untuk melakukan banyak eksperimen tentang litar elektrik dan elektronik. Saya suka melakukan eksperimen ini kerana saya akan lebih mudah memahami selain dapat melihat sendiri bagaimana litar elektrik itu berfungsi.

Kerja apa yang menanti saya?

Mengenai peluang pekerjaan,anda tidak perlu untuk risau kerana sekarang banyak syarikat elektrik dan elektronik yang telah bertapak di Malaysia. Antara syarikat-syarikat gergasi dunia yang bertapak di Malaysia ialah Panasonic, Sony, Casio dan banyak lagi. Kesimpulannya, peluang pekerjaan bagi bidang ini amat luas. Jadi anda tidak perlu risau tentang masa depan anda apabila anda memilih kejuruteraan elektrik dan elektronik ini. InsyaAllah, rezeki menanti kita dimana-mana.

Nasihat untuk adik-adik yang abang sayangi

Untuk subjek SPM, anda perlu menguasai subjek fizik (elektrik dan elektronik) dan matematik tambahan kerana semasa di universiti nanti anda perlu mengaplikasi kan semula semua teori dan rumus dalam pembelajaran anda. Jika anda berminat tentang litar, tidak disangkal lagi, anda memang digalakkan memilih jurusan ini. Saya tidak menafikan, jurusan ini sangat menarik untuk dipelajari walaupun kadang kala pembelajarannya agak susah terutama bagi situasi seperti saya dimana saya perlu belajar semua subjek dalam bahasa Jepun. Tetapi, cabaran itu yang saya mahukan. Jadi adik-adik jangan lupa, tumpukan perhatian ketika cikgu matematik dan fizik mengajar ye?! Gambattekudasai!

kwn2 ku semua...mai kte semua p amik kos elektronik...aku da explore for kwn2 aku yg pning nk amik kos pe...